- Whatsapp Organiser
- Whatsapp Organiser
- Email:
- Call:
- Share:
Event Location
07 Feb, 2024 From 9:00 AM to 1:00 PM Common Ground Ampang, Malaysia View MapFees
RM 50
Synopsis
Sertai seminar kami pada 7 Feb 2024 di Common Ground Ampang untuk memahami bagaimana menggunakan aplikasi MIMBAR secara optimum dalam melancarkan Kempen Infaq Ramadan & Imarah Ramadan. Pada bhg 1, kami akan menfokuskan pada strategi promosi dan pengumpulan sumbangan melalui Modul Infaq. Bhg 2 pula memberi tumpuan kepada melancarkan acara seperti Iftar, Kuliah Ilmu, dan program imarah Ramadan menggunakan Modul Khidmah & Event.
Bersama En. Fazli Mansor, MIMBAR Chief Application Developer, dan Hj. Ahmad Sodikin, Pengarah ISGN Ventures Sdn Bhd, Anda akan mendapatkan penerangan mendalam dan panduan langkah demi langkah. Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan keberkesanan kempen Ramadan anda. Daftarlah sekarang kerana tempat adalah terhad!
Mengenai Aplikasi Web MIMBAR
MIMBAR adalah sebuah aplikasi web inovatif yang dibangunkan oleh ISGN Ventures khusus untuk memudahkan pengurusan Event, Khidmah, dan Infaq secara online.
Pelbagai bentuk kempen boleh disediakan mengunakan MIMBAR, dengan keupayaan untuk tempahan, pendaftaran dan pembayaran secara online.
Untuk maklumat lanjut , layari : https://mimbar.my
Details
Antara Kebaikan Mengunakan MIMBAR untuk Kempen Bulan Ramadan adalah:
Mudah Dikendalikan: MIMBAR menyediakan platform yang mudah digunakan untuk menguruskan kempen Ramadan, membuatnya lebih mudah untuk menyusun dan melaksanakan pelbagai acara seperti Event, Infaq, dan Khidmah.
Jangkauan Luas di Kalangan Masyarakat Muslim: Dengan fokus pada pasaran Muslim, MIMBAR membolehkan kempen anda diakses oleh khalayak yang sesuai, memaksimakan kesan dan sokongan dari komuniti.
Pemantauan Kempen Secara Real-Time: Anda boleh mengakses data dan statistik secara langsung melalui MIMBAR, membolehkan anda memantau prestasi kempen anda dengan lebih baik dan membuat penyesuaian segera jika perlu.
Penglibatan Komuniti: MIMBAR memudahkan penglibatan komuniti dengan menyediakan ruang untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat berkaitan dengan kempen Ramadan, mencipta atmosfera yang lebih bersemangat.
Kemudahan Pembayaran dan Infaq Online: Dengan menggunakan MIMBAR, peserta boleh menyumbangkan Infaq atau membayar untuk acara secara atas talian, memudahkan proses ini untuk komuniti yang semakin mengamalkan pembayaran digital.
Maklumat Seminar:
Tarikh: 7 Feb 2024
Masa : 9am - 1pm (Separuh Hari)
Tempat: Boardroom 5, Common Ground Ampang
Yuran Penyertaan : RM 50 ( Minuman disediakan)
Penceramah:
Fazli Mansor, MIMBAR Web Apps Chief Developer
Ahmad Sodikin, Director, ISGN Ventures Sdn Bhd
Tempat adalah terhad! Daftar Sekarang...
* Tertakluk terma dan syarat